Showing posts with label Meal shakes. Show all posts
Showing posts with label Meal shakes. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

Set Suplemen Yang Paling Saya Sayang

Kenapa saya sangat pada Mighty 3 Gems ? Jom baca bagaimana ia membantu saya ibu muda yang sedang gigih menyusukan anak.




Mighty 3 Gems yang best!


June 2012 , kira-kira sebulan lagi ketibaan Ramadhan berlaku insiden stok EBM penuh peti ais hilang sekelip mata. 😭😭😭

Layu, longlai, sedih, speechless mengenangkan anak yang masih breastfeed sepenuhnya. Kerisauan susu merudum bila berpuasa buatkan saya jadi susah hati.

Saya mula mencari alternatif samada memberikan susu formula, ataupun mendapatkan Ibu susuan untuk Hanis kerana 

mengikut plan asalnya saya perlu meninggalkan Hanis untuk tempoh 2 minggu kerana tuntutan kerja.

Maka, tempoh masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk kembali membuat stok EBM.
Antaranya adalah mencari milk booster. So masa tu saya beli trial pack untuk Breastfeeding bersama Mighty 3 Gems ni. Memang tak banyak soal, dah seller kata camtu, saya folo je.

3Gems ni terdiri dari Protien soya tanpa kolesterol dan rendah indeks glisemik . Bagi badan kita bertenaga & kenyang lebih lama.

Pastu ada Mealshakes yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan badan.

Dan tak lupa Performance Drink yang rasa macam Oren Tang. Minuman isotonik tanpa gula dan gas yang mengekalkan bendalir dalam badan supaya kita tak dehydrated.

First time minum ESP , mak aihh kembang tekak den. Tapi demi anak, ku telan jugak la. Macam2 variasi cuba. Setiap pagi wajib amek sebelum ke opis.

Ditakdirkan tuhan, business trip saya dibatalkan. Fuhh. Walaupun lagi payah dan mencabar nak buat secara remote, tapi dah bos kata gitu.. Ikut je la.

Dan sepanjang bulan puasa , memang inilah menu wajib saya. Tak pernah missed kecuali hari yang terbabas tak bangun sahur 😁

Tiap2 hari gigih pam. Waktu subuh wajib buat tandem nursing dan di opis pam 2x sehari. Balik dari opis, terus direct feeding.

Amazingly, dari zero kemudiannya saya berjaya memenuhkan semula peti ais dengan EBM. ☺️

Tu kisah masa BF anak sulung, dan sampai sekarang memang inilah juga menu wajib sahur saya. Cuma bezanya, sekarang ni direct feeding je.

Ohh.. Lagi pun pun 3Gems ni cepat je nak sediakan. 5 minit pun boleh setel sahur. Kalo dulu kembang tekak, sekarang ESP bancuh plain dengan air suam pulak yang jadi feveret ai 😘😘😘
Siap boleh buat overnight oat lagi tau 😁

Masa anak kedua, macam tak percaya je punya bertenaga, bole ke bazar ramadhan sambil carry dia dan pimpin kakaknya sendirian. Ntah mana datang energy.

Bukan Ibu BF je boleh minum 3Gems ni, Sesiapa yang rasa mahukan sahur yang express tapi dapat kekal bertenaga sepanjang hari memang inilah pilihan terbaik.

Sejujurnya rasa sejak tengok EBM dah penuh peti ais & boleh berpuasa tanpa rasa penat melampau, memang terus tangkap cintan dengan 3 Gems ni.

Bersungguh I cerita dengan uols ni.. Hehe 😁

Uols pun kena cuba tau.
Meh roger I kalau nak cuba ye.. Whatsapp je ke 0195537657.



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Monday, October 13, 2014

Tak suka rasa ESP.. macam mana ye?

Assalamualaikum wbt

Anda baru je bukak canister ESP, cium bau je dah rasa tak lalu nak telan. Aduh.. macam mana ni?
Boleh ke nak pulangkan balik?
Bukan harga seringgit pulak tu..

"Kenapa ramai yang cakap sedap ESP ni? musykil betulll..."

Haaa.. kalau tak sedap takkan ramai yang giler suka ESP ni kan?

Setiap penggemar non-gmo soya ini mempunyai cara dan resipi yang berbeza.
Paling simple.. Air sejuk 200ml + ESP 2 sudu => shake => minum

Eh, kena shake ke? kalau gaul je boleh tak? Bolehh.. mak saya gaul je, pastu minum.

Ni saya nak senaraikan 8 variasi resipi ESP cara saya..SIMPLE. Confirm sedap!

  1. Milo sejuk secawan + ESP 1 sudu + ais 3 ketul. Shake ( boleh juga diganti dengan vico atau serbuk koko lain)
  2. Minuman yogurt  secawan + ESP 2 sudu. Shake. ( feveret saya adalah yogurt drink Farm Fresh berperisa mixed berries)
  3. Susu segar secawan + ESP 2 sudu. Shake 
  4. ESP 1 sudu + Cinch Shake 1 scoop + air sejuk secawan. shake
  5. ESP 1 sudu + MealShake 1 sudu + air sejuk secawan. shake
  6. ESP 2 sudu + air Ribena secawan. Shake
  7. ESP 2 sudu + Susu Segar secawan + Vivix 1 sudu teh
  8. Minuman yogurt  secawan  + ESP 2 sudu + Collagen Powder 1 sachet
Yogurt Drink  + ESP + Collagen Powder


So, macam mana? Ada berani cuba? Hihi..

Cubalah! Lepas tu update saya anda suka ke tak variasi ini.



Salam sayang~
Mamamyras


Read More

Sunday, September 7, 2014

Menu Sarapan Gojes

Bagi yang pernah minum Collagen dari Shaklee, tentu anda tahu bagaimana rasanya. Ada yang tiada masalah untuk minum, namun ada yang tak sanggup menelannya. Ianya rasa sedikit hanyir kerana diambil dari sisik Ikan Merah berketahanan tinggi yang premium.

Ye lah, Shaklee Collagen tidak mengandungi sebarang perisa tambahan yang membuatkannya rasa sedap.

Jadi, bagaimana cara hendak mendapatkan khasiat 4000mg kolagen yang terkandung dalam 1 sachet tu?

Mudah sangat!

Jom saya kongsikan beberapa cara mudah penyediaan collagen powder.

Kolagen amat digalakkan untuk diambil sewaktu pagi, ketika perut kosong bagi mengoptimumkan penyerapannya. Oleh itu, saya mencadangkan agar ia diambil sebagai sarapan penuh khasiat dan mengenyangkan.

Menu 1

1 sachet Shaklee Collagen Powder
Segelas Yogurt drink Strawberri
2 sudu besar Energizing Soy Protein

Menu 2 

1 sachet Shaklee Collagen Powder
1 sudu Meal Shakes
1 sudu besar Energizing Soy Protein


Cara Penyediaan

Campurkan ketiga-tiga bahan ( menu 1 atau 2)  ke dalam shaker dan goncangkan beberapa ketika sehingga ia larut.
Sedia untuk diminum.

Kenapa Meal Shakes dan Yogurt Drink?

Meal Shakes mempunyai rasa Vanilla yang sedap yang dapat mengurangkan rasa hanyir kolagen.

Yogurt drink juga mempunyai rasa yang agak kuat, jadi anda tidak akan dapat rasa langsung hanyir tersebut.

Bagaimana? Anda bersedia untuk sarapan untuk cantik dan sihat ini? Ini ada menu yang saya sendiri telah cuba dan sangat sukakan rasanya. Mungkin nanti saya akan cuba dengan menu lain dan ceritakan di sini.

Bolehlah borong Shaklee Collagen Powder yang sedang promo sekarang!

Hubungi saya ye, untuk menikmati Sarapan Enak bersama Collagen.

-Ilah-
0195537657




Read More

Wednesday, September 3, 2014

PROMOSI SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum wbt.

Bulan ini agak istimewa dari sebelum ini kerana Shaklee membuat promosi untuk 2 item yang sangat best dan selalu hot selling.


 


PROMO 1 ( Terhad untuk bulan September sahaja)


Beli 6 Percuma 1 Collagen Powder
Harga Promosi  :   RM1788 ( anda dapat 7 kotak & Percuma Keahlian)
Jimat : RM298 
Pos : Percuma 

THE BEST COLLAGEN EVER

PROMO 2 (Terhad untuk bulan September dan Oktober)

 Beli 3 Percuma 1 Mealshakes 
Harga Promosi :  RM341.25 ( anda dapat 4 canister)
Jimat RM113.75
Pos : RM10

BAGAIMANA MEALSHAKES MEMBANTU HANIS UNTUK LEBIH SIHAT






MAHU LEBIH PENJIMATAN?


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Mealshakes atau Collagen Powder dengan harga yang lebih murah, hubungi saya sekarang!

Anda boleh berjimat dengan mendaftar keahlian. Hanya RM 65 dan anda akan mendapat pelbagai tawaran hebat daripada Shaklee dan saya!


SAYA MAHU BELI 1, 2 atau 3 sahaja.. boleh tak?

Tentu sekali, SMS/Whatsapp saya untuk sebarang pertanyaan.

EKSLUSIF BAGI SEMUA PELANGGAN


Anda akan mendapat  konsultasi eksklusif mengenai panduan cara makan dan pelbagai tips menarik secara berterusan.



Masih ragu-ragu? Hubungi saya di 0195537657 untuk sebarang pertanyaan atau pembelian.

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah bagi kawasan Pandan Perdana, Maluri, Ampang dan KLCC.
COD dibuat bagi kawasan sekitar. Pengeposan melalui Poslaju dan GDEX dibuat bagi seluruh Malaysia.


Read More

Thursday, August 7, 2014

SUPLEMEN TERBAIK untuk bayi 1 tahun seperti saranan Pakar Kanak-kanak

Alhamdulillah Hanna genap umur setaun pada 31 julai lalu. Tapi saya takde buat sambutan atau majlis pun sebab dia belum ingat pun lagi rasanya. Namun saya tetap memanjatkan kesyukuran atas nikmat kesihatan dan rezeki yang dikurniakan buat Hanna Humaira'.

kanak-kanak sihat


Semalam saya berkesempatan membawa Hanna checkup & cucuk vaksin setahun. Walaupun ramai yang tidak bersependapat untuk memberikan vaksin kepada anak2, saya memilih untuk mengikut nasihat doktor dalam hal ini. Jangan berkecil hati, setiap orang mempunyai pendirian sendiri yang wajib kita hormati.

Doktor pakar kanak-kanak yang saya temui adalah Doktor Anthony James Mansul di PCMC. Orangnya sangat ramah dan sangat sukakan kanak-kanak. Setiap kali keluar dari biliknya saya tak pernah rasa tak puas hati. Segala kemusykilan terjawab tanpa rasa terpaksa atau didesak untuk melakukan apa sahaja. Seingat saya jarang sangat beliau prescribe ubat untuk anak-anak saya. Selalunya beliau memberikan nasihat seperti alternatif selain dari memberikan ubat melainkan benar-benar perlu. Alhamdulillah setakat ni saya tiada pengalaman tidak menyenangkan bersama beliau.

Oleh kerana semalam kurang pesakit, jadi dapatlah bersembang lebih lama dengan beliau. Kami berbincang tentang perkembangan , keceriaan , pemakanan , dan sebarang kerisauan yang Ada.

Jika dilihat di Graf ketinggian, Hanna tidak berada di garis ketinggian seperti Hanis. Beratnya juga tidak naik sejajar. Sepatutnya berat budak umur setahun adalah 3x berat lahir. Maknanya jika lahir dengan berat 3kilo, maka sebaiknya ketika usia 1tahun Beratnya adalah 9kilo.
Berat Hanna semalam adalah 7.8kilo. 

Doktor kata ini adalah normal,pehanya masih penuh berisi.Pada Usia sekarang mungkin hanya pipi dan perut yang bulat sedikit. Hihi. Jadi tak perlu risau. Hanna pun dah mula berjalan dan sangat aktif, lagi penyebab kehilangan lemak.

Bercerita soal makanan, saya beritahu yang Hanna hanya minat nak makan makanan seperti dewasa. Tak layan dah bubur. Dr. Anthony sangat suka mendengarnya. Katanya tak bagus sebenarnya bagi makanan yang dikisar terlalu lama untuk bayi. Cukup dengan makanan yang dicincang. Organ dalaman dan sistem pencernaan bayi cukup matang ketika usianya 9 bulan. 
Cuma perlu pastikan Hanna tidak sembelit dengan memberikan beliau buah dan air yang mencukupi. 
Alhamdulillah Hanna tiada masalah untuk minum air masak dan makan buah-buahan.

Hmm.. Cerita pasal najis pun masuk semalam. Kalau nak tahu budak tu sembelit ke tidak , pastikan najisnya tidak bulat-bulat seperti tahi kambing. Ia sepatutnya lembut. Kekerapan yang mencapai 2-3x sehari juga tidak menjadi masalah. Hanna ni dulu jika membuang sekali sehari dengan banyak, sekarang sikit-sikit tapi kerap. Buat perabih diapers je.. Hihi

Bila bercerita mengenai makanan tambahan, Dr mencadangkan pemberian Omega yang berfungsi selain untuk perkembangan otak, ia juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Maka dapat mengurangkan risiko anak-anak mendapat jangkitan. Sebaiknya2 ia adalah dalam bentuk kapsul dan bukannya cecair yang di tambah perisa.

Anda tahu Omega pilihan saya ? 

Omega 3 untuk kanak-kanak
Menepati dos yang diperlukan oleh kanak-kanak


Beliau juga amat menggalakkan pengambilan probiotic bagi membantu penghadaman yang baik dan juga 1 sudu kecil madu lebah yang sangat baik untuk kesihatan menyeluruh. 
Beliau mencadangkan Yakult sebagai sumber probiotic yang mudah didapati. Bagi madu, apa sahaja madu di pasaran boleh diberikan. Tapi pastikan ianya asli.

Beliau juga menyebut banyak lagi jenis vitamin dan zat seperti zinc yang baik. Saya terlupa nak tanya kenapa zinc? Kerana tak pernah saya dgr cadangan sebegitu. Tetapi bila disebut segala macam vitamin itu, saya hanya terbayangkan mealshake yang kaya dengan khasiat yang diperlukan.
Bagaimana nak berikan Hanna mealshake sedang kan dia tak minum FM? Macam2 cara ada, Mealshake kan rasa vanila yang sedAp dan boleh dicampur dengan macam-macam minuman. Nanti saya share caranya ye. 

Oleh kerana Hanna masih menyusu badan sepenuhnya , Doktor Anthony agak risau jika Hanna tak pandai minum menggunakan cawan. See.. Sgt concern! Hihi. Saya beritahu yang Hanna sedang belajar minum menggunakan cawan dan straw. 

Alhamdulillah sekali lagi kami keluar dari bilik doktor dengan gembira. Hanna pun nangis kejap je masa kena cucuk sebab dia marah kena pegang. Bila dilepaskan untuk sambung main, terus sengih. Hanna oh Hanna~

Jika ibu dan ayah hebat nak berikan anak anda suplemen terbaik, hubungi saya segera ya!

With love,
Mamamyra

Shaklee Independent Distributor





Read More

Tuesday, July 1, 2014

Menu Sahur Ringkas Yang Buatkan Ibu Breastfeeding Kuat Sampai Petang



Alhamdulillah, sudah hari ketiga berpuasa. Masih lagi diberi kekuatan utk berpuasa dan menyusukan Hanna yg berusia 11 bulan hari ini.
Dan sahur saya bagi kedua-dua hari adalah amat ringkas. 1 Ramadhan saya kurang sihat tetapi memaksa diri utk bersahur. Semalam & hari ini saya hanya tersedar jam 5.25 pagi, dah tak sempat utk memanaskan nasi & lauk. makanya berESP la lagi..

Bagaimana saya sediakan hidangan sahur kurang dari 5 minit ?

Saya menggunakan 2 shaker.. 1 diisi dgn susu segar , ditambah dgn ESP dan meal shakes. Hanya goncangkan dan sediakan diminum.

1 lagi shaker diisi air sejuk dan ditambah Performance Drink. Goncang2 dan sedia diminum.. Rasa oren yang menyegarkan tekak. Feveret nihhhh.. hihi

Saya juga makan 3 biji kurma sebelum minum 2 minuman yang telah disediakan. 

Sebagai penutup sahur, saya minum segelas air kosong.

Mudah bukan?

Mengapa ESP (Energizing Soy Protien)
  •  Ia merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Keperluan penting bagi ibu menyusukan. Protien penting bagi menghasilkan susu yang pekat dan mengenyangkan.
  • Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna.
  • ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu1 gram je. Memang tak risau la, takkan gemuk punye..
  • Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  • Paling penting ia tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet,
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga


Penting untuk kita mengambil sahur yang rendah indeks glisemik (seperti ESP) kerana penyerapan glukosa dalam darah secara perlahan-lahan akan menstabilkan kandungan gula dalam darah, menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.  Berbeza dengan makanan yang berindeks glisemik tinggi, seperti nasi, coklat, gula pasir kerana glukos terserap masuk ke dalam darah dgn kadar yang cepat dan menurun juga dengan kadar yang cepat. Kandungan glukosa yg tinggi ini menjadikan kita sangat bertenaga, sangat teruja tetapi sebaik shj paras glukosa turun, kita menjadi sangat lemah, lapar, lesu tidak bermaya.

Ramai ibu-ibu memberi feedback, apabila bancuh ESP dan Susu Segar breast jadi membengkak dengan susu. Baby pun cepat kenyang dan kurang mengempeng.


Mengapa Performance Drink penting bagi Ibu Breastfeeding?


  • Ianya adalah minuman elektrolit yang lengkap dengan karbohidrat
  • Membantu mengawal keseimbangan air dalam sel badan supaya tidak terhidrasi dan menyebabkan penghasilan susu ibu merudum dan kita tidak cepat merasa dahaga.
  • Performance drink membantu menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf-saraf dan otot badan agar kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.

APA YANG MENARIK MENGENAI PERFORMANCE DRINK



 Mengapa perlu tambah Meal Shakes?


  • Hidangan bernutrisi lengkap, mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Membekal nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-Sel kulit,kuku,rambut, organ, darah, sistem imun dan lain-lain.
  • Rendah Kalori . Hanya 120 kalori bagi setiap hidangan
  • Rasa Vanila yang lazat - Minuman yang lazat untuk di ambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
  • Membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama
Mealshakes juga sesuai dijadikan hidangan sahur bagi anak2 yang sedang belajar bersahur. Boleh juga dicampurkan dengan susu segar atau milo mengikut kegemaran anak anda.  

Kenapa perlu ESP dan Mealshakes?


ESP mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan ibu menyusukan , manakala Mealshakes mengandungi 24 vitamin dan mineral serta serat. Campuran kedua-duanya memberikan nutrisi lengkap buat ibu Breastfeeding semasa sahur.

Alhamdulillah, saya masih bertenaga dan mampu menguruskan 2 orang kanak-kanak bijak dan aktif sepanjang hari walaupun hanya dengan sahur yang ringkas.

Susu Badan Tidak Drop, Anak tidak meragam

Perkara yang amat saya risaukan semasa berpuasa adalah jika susu badan drop dan anak meragam. Hanna pulak jenis yang direct breastfeeding, takmo botol. Takmo FM. Alhamdulillah, dengan amalan sahur yang ringkas dan mengenyangkan ini saya kekal bertenaga sehingga berbuka. Kadang-kadang, bila tak berapa rajin nak masak.. saya akan bawa 2 orang anak ini ke Bazar. Seorang saya kendong di dalam carrier, seorang lagi saya pimpin. 

Saya juga mempunyai masalah gastrik yang serius sebelum ini hingga menyebabkan muntah-muntah dan cirit yang berlarutan hingga 4 hari. Tetapi apabila bersahur dengan 3 kombinasi hebat Mighty 3 Gems ini, Alhamdulillah saya mampu berpuasa dan beribadat dengan baik. Dan semestinya ibu-ibu lain juga!




Kekal bertenaga dan susu maintain banyak

Tips Tambahan supaya Ibu Breastfeeding Tidak Cepat Dahaga

Minum 1 cawan air kosong setiap jam sepanjang malam. Sekiranya terjaga semasa tidur, minur air. Ia mampu membekalkan air yang cukup untuk badan.

Tahukah anda Mighty 3 Gems adalah HoT ITEM Bulan Ramadhan? 
Ramai yang telah mencuba dan merasai kehebatannya. Belum cuba belum tahu!

Saya sedia mengeposkan kepada anda hari ini juga, esok dapat!
Atau saya boleh boleh membuat penghantaran sekitar KL, Cheras, Ampang dan sekitar.

Hubungi saya sekarang di 0195537657 mendapatkan panduan lengkap dan lebih tips hebat bagi mengelakkan diri dari stress yang tidak sepatutnya bila susu merudum dan badan penat sampai nak pengsan.



~Ilah~

Shaklee Independent Distributor ( SID : 889805)

SMS/Whatsapp : 0195537657

FB: Vitamagic Shoppe 

Read More

Thursday, June 12, 2014

Bagaimana Mealshakes membantu perkembangan Hanis?

Assalamualaikum ibu hebat!

Semalam saya dah ceritakan bagaimana hanis mula mengambil Omegaguard sebagai suplemen.
Bukan setiap hari ye.. 
Ada panduan mengikut umur

Entry kali ini saya nak ceritakan pula bagaimana hanis mula mengambil Meal Shakes Shaklee dan apa yang terjadi pada hanis.

Saya mula memberikan hanis Mealshakes sejak dia berusia hampir 2 tahun. 

Pada mulanya saya agak kedekut dan adakalanya lupa atau malas hendak mencampurkan Meal Shakes ke dalam susu hanis. Haha. Teruk betul kan? 
So masa tu mungkin seminggu sekali je la saya buat.

Walaupun seminggu sekali, tetap ada kesan... hanis dah tak sembelit. Satu perkara yang sangat menggembirakan bagi saya. Tak sanggup rasanya melihat hanis beria-ria meneran muka merah masa nak membuang.

Saya sebenarnya mengharapkan hanis bertambah selera makan. Sebabnya dia ni sangat la susah nak bagi makan. Main tu lagi penting bagi dia. Bila dah lapar sgt, mengantuk baru nak mintak susu.

Dah lepas beberapa bulan baru la saya rajin sikitmenambahkan kekerapan memberi Mealshakes kepada hanis.  selepas itu hasilnya ternyata berbeza. Hanis makin kerap mintak makan! Kadang2 jika terlambat masak dia akan mencari makanan di atas meja. Hihi..
Atau pun saya akan sediakan beberapa potong buah sementara saya masak.  

Dah jarang skali dia menolak makanan melainkan ia terasa pedas atau rasa yang tidak disukainya. Oh! Hanis sgt suka makan buah, yang tu saya tak tau nak buat camne.. Hmmm... Dia akan memilih buah berbanding nasi atau mee jika keduanya diletakkan di meja.

Walaupun saya tidak dapat memberikan hanis susu badan sehingga usianya 2 tahun, tetapi saya berusaha mencari alternatif agar Hanis tetap mendapat yang terbaik. 

Ingat tak dlm entry sebelum ini saya ada bagi tahu hanis ada eczema?
Ianya sangat teruk ok! Sehingga satu tahap saya perlu membawa hanis berjumpa pakar kulit. Dan ketika itu juga saya dpt tahu hanis alergik dgn penicillin.

Sekarang , parut2 yang dulu memenuhi leher, pelipat2 kaki dan tgn semua dah hilang. Alhamdulillah.

Setakat ni saya belum jumpa sebab saya perlu berhenti memberikan Meal Shakes & Omegaguard kepada hanis.. 

Dulu hanis byk bergantung pd ubat-ubatan yang dapat dari hospital kerana demam, batuk, selsema, eczema... 

Masa tu saya belum kenal Shaklee. Sekarang, hanis dah tak perlukannya lagi.



Saya yakin Meal Shakes & Omegaguard adalah pilihan terbaik. Tak perlu diragui kehalalannya, disahkan dr sumber terbaik dan membekalkan nutrisi yang lengkap utk hanis yang sedang membesar.

Semoga ibu-ibu hebat lain juga membuat pilihan yang tepat.

Sekiranya ibu-ibu hebat mahu mendapatkannya, Hubungi saya segera ya!

~Ilah~
Pengedar Sah Shaklee (889805)
SMS/Whatsapp 0195537657
FB Page: Vitamagic Shoppe
Read More

Tuesday, May 6, 2014

Breakfast on the go?!

Breakfast atau sarapan adalah salah satu perkara paling penting bagi permulaan hari yang hebat!
Tak percaya?

Cubalah sendiri... 1 hari anda bangun, bersiap kemudian terus pergi ofis. Smpi ofis, ambil secawan kopi dari pantry, cicah biskut dan terus buka komputer dan baca email. Dan terus buat kerja.. Ermm.. Isnin.. Monday bluesss.. Buat kerja pun Ada rasa malas, kurang semangat. Intai2 kawan meja sebelah, tgh buat ape agak nya... Pukul 10.30pagi dah mula kurang fokus. Dan anda sendiri tahu bagaimana seterusnya... Silap2 boleh menyebabkan anda tidak mendengar arahan boss dgn betul. Erm.. Bahaya tu okeh?!

Isnin minggu depan.. Cuba bangun awal 10-15 minit lebih awal. Bersiap mcm biasa, g dapur bancuh meal shakes ikut cara yg anda suka, then terus g opis. Ok dah kenyang, so bole trus ON komputer, sambil2 tu kuis cikit habuk2 atas meja. Check email, then trus buat keja. Percaya atau tidal, sekiranya anda tidak perlu bangun utk ke meeting, anda boleh kekal fokus di meja. Bertenaga, penuh semangat. Dan sudah pastinya lebih produktif dan kurang kesilapan.  Boss pun suka!!!

Yang mana pilihan anda dan bos anda? Tentukan hari yang produktif kan?

Sebab itulah sarapan terbaik adalah hiadangan yang lengkap dan tidak terlalu kenyang dan tinggi kalori hingga menyebabkan anda mengantuk..

Anda tak tahu meal shakes ni apa?

Ianya adalah hidangan lengkap dan berkhasiat. Perfecto! Asid amino serta nutrisinya mudah diserap oleh badan. Diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah buahan, sayur-sayuran, kacang soya (non-GMO), lactalbumin (sejenis susu) dan lain lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke dewasa. Ia juga mengandungi pelbagai nutrition termasuklah immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin.

Meal shakes dihasilkan untuk semua golongan: 

Bayi
Kanak-kanak membesar
Pelajar
Ibu mengandung
Para atlet
Pengamal sayuran ( vegetarian )
Orang sakit
Orang yang sibuk bekerja
Orang yang selalu mengambil makanan segera 

Sekiranya anda mencari sarapan pagi yang berkhasiat, Meal Shakes Shaklee adalah pilihan yang bijak dan terbaik!

Hanya 120kalori untuk setiap hidangan . Rasa vanilla yg sungguh menyelerakan. Boleh juga dinikmati bersama  buah-buahan atau apa sahaja minuman kegemaran. Lazat dinikmati sejuk mahupun panas.

 Manfaat Utama Meal Shakes

Nutrisi lengkap - 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi soy lecithin  yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak. 

Membekal nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-Sel kulit,kuku,rambut, organ, darah, sistem imun dan lain-lain.

Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

Anti oksida - Mengandungi vitamin A,C,E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

Mengembalikan Seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Rasa Vanila yang lazat - Minuman yang lazat untuk di ambil bersama fruktos semulajadi; peng gentian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Jangan berlengah lagi, hubungi saya segera utk permulaan hari yang hebat, masa depan yang lebih baik!

Untuk Konsultasi ekslusif dan percuma!

SMS /whatsapp  0195537657

Saya pengedar shaklee yang sah bagi kawasan Ampang, KLCC, Pandan Perdana dan sekitar.
Ilah (SID: 889805)

Penghantaran ke seluruh Malaysia

Jimat lebih dengan tawaran beli 6 percuma 1 dari Shaklee

Read More